SYARIKAT

Syarikat Kami Merupakan Syarikat Paling Gembira Di Cheras !

Tujuan utama syarikat ini ditubuhkan adalah untuk menolong rakyat Malaysia mendapatkan Pakej Kad Undangan Perkahwinan yang murah & bermutu di samping membantu memudahkan Bakal-bakal Pengantin untuk memilih Tema Kad mengikut Bajet mereka.

Ini bukan suatu tugas yang mudah. Kami menerima berpuluh pesanan Whatsapp , Facebook & Instagram setiap hari. Kami mendengar semua luahan, menyelesaikan masalah & memberi nasihat kepada para pelanggan kami.

Oleh sebab itu, setiap pagi sebelum kami memulakan kerja, kami akan senyum selama 1 minit untuk mendapatkan tenaga yang lebih positif.

Kami amat berbangga dengan mutu khidmat pelanggan kami. Secara purata, kami respon semua Whatsapp, message facebook dalam 15 minit. Ini merupakan satu tugas besar yang bukan mudah.

Lebih daripada 95% para pelanggan kami amat berpuas hati apabila membuat transaksi dengan kami. Apabila melihat semua testimoni yang kami terima, kami berasa amat gembira dan menghilangkan penat lelah kami membalas whatsapp & menghantar produk-produk.

Ini adalah janji kami. Kami akan pastikan setiap pelanggan yang membuat transaksi dengan kami akan mendapat khidmat TERBAIK.

Kami amat mementingkan para pelanggan dan mahu melihat semua pelanggan tersenyum apabila mendapat hasil yang diharapkan.